Thursday, May 16, 2013

Warna warni


"Ini apa?", tanya dia.

"Telur", jawab saya.

'Tipulah", kata dia.

"Betul,cuba rasa", kata saya.

Dia tetap tak percaya walaupun saya makan yang warna pink itu depan dia.

"Kertas ke?", kata dia.

"Telu! Telur! Telur!", kata saya.

Dan dia berlalu dengan muka yang penuh tanda tanya.

Tuesday, May 14, 2013

Terukir Di Bintang


"Sekarang rumah ni milik awak, segala urusan dah selesai", kata dia.

Rasa macam berada di awangan.

Rasa diri sedang terbang bebas di udara.

Syukur padaNYA.

Dan terima kasih yang tak terhingga pada semua cinta hati saya.

Kerana selalu ada saat susah senang.

Kerana selalu ada saat jatuh bangun.

Hanya Tuhan yang mampu membalas.


Rumah buruk dan kecik saja tapi saya sangat gembira.

Sebab inilah harta yang mampu saya beli hasil kerja keras saya.



Friday, May 10, 2013

Bukit

Malam dia ajak saya ke Setiawangsa.

Hari Sabtu ni dia ada hal di Sekolah Menengah Setiawangsa.

Kami telefon sorang kawan yang tinggal di sana tanya arah.

Bukan! Kawan saya tu bukan YB yang popular tu ya. :D

Dia bagi arahan, jumpa petronas belok kanan.

Nampak lampu isyarat, terus naik bukit.

Bukit tu tinggi, naik pelan-pelan.

Jumpa lagi bukit, tinggi jugak, terus je naik, naik, naik.

Sampai hujung dekat dengan tanah runtuh, nampak signboard sekolah tu.

Saya dan dia ikut arahan yang di beri, tapi kami tertanya-tanya, mana bukitnya.

Atau kami tak nampak sebab gelap.

Memanglah kami rasa kawasan tu agak tinggi tapi taklah tinggi macam yang dia gambarkan.

Walau macam mana pun kami berterima kasih pada dia.

Dan beberapa orang yang terpaksa kami tanya arah jalan.

Sebab kami was-was adakah kami sedang lalui bukit yang betul.




Wednesday, May 8, 2013

Memandang Awan

Memandu seorang diri di Lebuhraya Duke.

Dalam hujan lebat.

Kilat dan petir sabung menyabung.

Dalam suasana yang gelap pekat walaupun jam baru menunjukkan angka 6.

Meter minyak nak dekat E dan tak tau di mana ada stesen minyak.

Masa ni lah mengharapkan ada orang di sebelah.

Untuk menghilangkan rama-rama dalam perut.

Atau sama-sama boleh menyanyi lagu kegemaran.

Sambil memandang awan dan kira titis hujan.


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia






Tuesday, May 7, 2013

Dari KL ke Texas


Letak dakwat kat jari telunjuk kanan sedikit menyusahkan saya sebab nak makan kena cari sudu :D

Kalau letak kat jari telunjuk kiri susah pulak untuk saya memangkah sebab saya kidal.

Setelah berpenat lelah berbaris menunggu giliran di pusat mengundi dia ajak saya ke Texas Chicken untuk mengisi perut sambil sembang-sembang hal semasa.



Ayam dan juga Mexicana Burger yang tak mampu saya habiskan.

Menu di Texas Chicken agak menarik dan harganya pun ok.

Hari tu saya baca di akhbar Restoran Texas Chicken ni hanya ada di dua tempat di Malaysia,
di Sri Gombak dan Bukit Tinggi.

Rumah saya dan Sri Gombak hanya 5 minit, bolehlah selalu lepak sini :D

Friday, May 3, 2013

Sakit


2 hari lepas kunci kereta saya hilang di pejabat.

Puas selongkar tapi tetap tak jumpa.

Entah siapalah yang berkenan dengan kunci kereta saya tu.

Nasib baik ayah ada boleh hantar kunci spare, kalau tidak kesian kereta saya kena bermalam dekat opis.

Balik rumah terus pergi buat lagi satu kunci, melayang jugaklah seratus dua.

Semalam saya pergi ke bank, masa nak undur masuk paking tetibe enjin mati.

Hari tu pun kawan cakap masa dia bawak kereta saya dia alami perkara sama, bila undur je enjin mati.

Saya tanya pada orang yang pakar pasal kereta, dan dia jawab, "gearbox nak kena tukar tu".

Makkkkkk!!!!!!!

Gelap pandangan sekejap.

Tunggu lepas PRU baru buat apa yang patut pada kereta. :P