Thursday, May 26, 2011

Jangan tiru


Kreatif kan ayah.

Dekat tempat ibu jari tu di catnya dengan warna putih, sebab asyik tertukar dengan orang masa pegi surau.

Sepasang RM5, kalau 3 kali ghaib dah RM15. Kalau 10 kali ghaib sendiri kiralah kan.

Jangan pulak ada buat pesen sama, harus pening kepala dia. :P

Thursday, May 19, 2011

Binatang haram

Adik sedang belajar bahasa Arab dan Jawi dengan ustazah di ruang tamu.

Acik sedang baring-baring dalam bilik sambil berangan2 :P

Tiba-tiba dia cakap kat ustazah, " acik saya pandai cakap Arab".

Ustazah tanya, "Acik cakap Arab macam mana?".

"Acik selalu cakap, Ba alif Ba ya punya orang, Ba Alif Ba ya punya motor".

Acik dalam bilik dah tekup2 muka dengan bantal.

Acik dah nekad akan mengelak dari jumpa dengan ustazah.

Monday, May 16, 2011

Bila kuda mengangkat kaki


Dah lama dia bagi benda ni.

Puas pikir nak buat apa.

Dan semalam, tengah kemas bilik, idea mari.


Letak pencuci muka, yessss.

Nampak kemas dan cantik juga.


Bila pulak dia nak bagi yang ini.

Kita berpegang pada kata2, "heroin selalunya kalah dulu", :P

Jangan kalah terus sudah.

Thursday, May 12, 2011

Garis tanpa sempadan


"Kami nak buat u-turn je pakcik, bukan nak masuk mandi atau main air", kata aku.

Dia geleng-geleng kepala sambil hulur dua helai kupon.

"Kalau dah masuk lepas garisan ni, tak kira nak buat apa, berapa lama, harus bayar", kata pakcik itu.

Aku dan dia berpandangan bila tengok dua helai kupon yang dihulurkan.



Kupon pertama.

Bayaran RM1 seorang dikenakan. Kalau dalam kereta ada 10 orang maka sila bayar RM10 ye, tanpa was2




Kupon kedua

Sebiji kereta bayaran dikenakan RM2. Kalau datang dengan 3 biji kereta, sila bayar RM6, tanpa was2

"Tapi pakcik, kami bukan nak letak kereta, kami nak buat u-turn je. Takkan 2 kupon nak kena bayar?"

Pakcik bermuka garang bermisai lebat itu tetap hulur 2 kupon tanpa was-was.

Haihhhh.

Wednesday, May 11, 2011

Tak paham

Tadi pagi2 mak suruh beli gula kat kedai runcit depan rumah.

Maka, berskuterlah gadis itu dengan segera untuk memnuhi permintaan ibu tercinta.

Sampai di kedai, gadis itu pun capai 2kg gula dan hulur not RM5 sekeping.

Abang kedai senyum capai duit dan angguk2 kepala.

Gadis itu masih berdiri depan kaunter dan sedikit cuak sebab abang kedai buat tak tau.

"Bang, gula sekilo berapa?"

"RM2.50".

"Oh! Bukan RM2.30?"

"RM2.30 tu harga untuk pemborong, bila dah sampai ke pembeli kecik macam adik ni harga RM2.50".

Gadis pun berlalu dengan muka sedikit kehairanan bila dengar penjelasan abang kedai.

Dalam hati gadis berkata, "kalau kat kedai lain harga RM2.30, jaga kedai ni, kita bako,kita bako".

Wednesday, May 4, 2011

Si Jantung Hati


Eh! Kalau tak tengok sendiri mesti tak percaya.

Jantung pisang sepanjang 20 inci.

Tak pernah jumpa lagi sebelum ini.

Boleh masuk Malaysia Book of Records tak? :P

Lupa pulak nak tanya tuan rumah ni jantung pisang apa.

Tuesday, May 3, 2011

Semerbak Harum Jasmine


Majlis Perkahwinan seorang kenalan.

Pengantin tersenyum lebar diatas pelamin.


Ingatnya nak pakai sari, tapi memandangkan malam tu hujan, tak jadilah. :P


Terima kasih kepada ibubapa pengantin perempuan
yang sudi mengundang kami.


Geng Cik Juliet tak berbau Jasmine ye :P

Kenapa kalau dengar lagu hindi rasa nak bergoyang je :P