Kakak pegi menziarah sahabatnya yang kemalangan di Sabak Bernam.
Dekat Tg.Karang dia singgah beli biskut raya, murah, sebekas RM10-13sahaja.
Cantik dan sedap, errr....aku tau sedap sebab aku dah curi2 makan :P
Ingatkan kerepek je yang murah. Mujur kakak tak bawak duit banyak,
kalau tidak mau borong satu kedai sebab kakak sangat boros.
Kalau pegi pasar ramadhan pun dia selalu beli banyak makanan
lepas tu paksa kami makan.
Bila dah makan banyak, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk berkebaya
pada hari raya yang mulia nanti :P
Oh! Ini pulak balang kuih pemberian Pn.Amarjit. Sangat cantik, rasanya tak sampai hati nak letak
biskut raya dalam balang tu.
Atas penutup ada rama-rama biru, kalau letak penyubiru pun ok juga,ehehehe.
Errr....bila tenung lama-lama balang kuih ni macam hantaran pulak, apakah
ada udang disebalik batu? Errr.......:P