Sms daripada seorang sahabat yang nak pinjam novel Kanda Faisal Tehrani.
Berbalas sms dengan sahabat ini lebih kurang 15minit.
Teringat pulak nak tanya khabar berita sahabat itu. Sms dia.
Sahabat yang ini sedang rilek2 sebab penat ganti puasa siang tadi.
Berbalas sms dengan dia lebih kurang 15minit juga.
Pukul 11 malam, bunyi sms masuk.
Hati berbunga-bunga baca mesej dari dia. Dah sebulan dia tak sms, mungkin sibuk atau mungkin
merajuk, entahlah, aku taktau.
Dah pasang niat nak memujuk dia malam ni, beralah untuk kebaikan bersama. Karang ayat baik-baik, ada pantun seloka supaya dia tak lari lagi. Tekan butang SEND, tapi tak jalan. Tekan lagi, tekan lagi, tekan lagi sampai rasa macam nak campak henpon tu.
Darah muda dah mendidih, henpon ni memang nak kena baling ke dinding, masa kecemasan dia nak buat hal pulak. Otak ligat berputar mencari penyelesaian, tiba-tiba tangan tergerak nak tengok nilai kredit henpon.
"Baki anda RM0.02, sila tambah jumlah.......".
"TIDAKKKKKK !!!!!!! TIDAKKKKKKK !!!!!!! TIDAKKKKKKK !!!!!
Kekanda dimedan perang
Adinda dimedan seni
Sama-sama berjuang
Demi untuk pertiwi
Lagu ni takde kena mengena, saja nak menghiburkan hati.