Tuesday, March 31, 2009
Tolong pandang belakang
"Mahal susu budak sekarang nih. Anak baru dua dah belanja banyak macam ni. Kalau anak dah sekolah sok lagi banyak belanja. Kita keje siang malam nak bela anak, kalau anak tak kenang budi besar nanti sedih sungguh. Tadi akak jumpa anak KakMah, ingat tak yg orang citer kawin sebulan dah bercerai tu. Bukan main seksi lagi".
"Err,errrr, cik, saya rasa cik salah kereta la".
"Hah! Aaaaaaaaaaaa".
Aku paking kereta tepi jalan tunggu adik aku beli barang, tetibe seorang wanita dengan penuh beg plastik di tangan masuk dalam kereta aku kot pintu belakang, duduk dan terus menceceh.
Nasib baik aku tak terus bawak dia balik rumah sebab ingatkan adik aku tadi, kalau tak harus bleh jadi kes penculikan,kekeke.
Monday, March 30, 2009
Debar Earth Hour
Masa Sarapan.
'Tak sedaplah air milo yg acik buat,macam takde milo je, kalo ummi buat sedap".
Masa Tengahari.
"Acik,nasi ni panas macam mana nak makan? Kalo ummi mesti dia sejukkan dulu baru dia panggil makan".
Masa petang.
"Acik, gorenglah mihun ke, mee ke,laparlah, kalo ummi mesti buat macam2".
Itulah komen dari anak buah aku. Ummi dia kat hospital kerana ini.
Anak buah aku yg baru, cun macam aku gak, tapi dia romeo. Melihat Dunia Realiti pada 28/03/09 pukul 1.30pm melalui pembedahan. Adik aku cakap ANAK EARTH HOUR.
Friday, March 27, 2009
Thursday, March 26, 2009
Aksi berani mati
Artikel tu bertulis begini: Seorang guru wanita di ugut supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu gambarnya yg dipaksa bercumbu dengan seorang pelajar lelaki di dalam kereta dan di rakam oleh rakan pelajar terbabit menggunakan henpon jatuh ketangan suami dan rakan-rakan guru itu. Dan guru wanita terbabit telah membayar RM40,000 kepada pelajarnya supaya menutup mulut mereka dan tidak menyebarkan gambar tersebut.
Ini pula laporan yg aku dapat dari rakan2 guru wanita terbabit :
Rakan 1 : Dia tu memang gatal, perasan diri cantik sangat.
Rakan 2 : Dia yg menggatal dengan student dia la.
Rakan 3 : Dengar citer makbapak budak tu nak saman dia sebab dorang cakap aksi tu dirakam
suka sama suka.
Rakan 4 : Kalau betul dia dipaksa cium budak tu kenapa tak cakap ngan suami dia? Teruslah
buat laporan polis,apa nak takut ngan budak umur 17tahun.
Rakan 5 : Aku dah lama tau perangai dia, malas nak jaga tepi kain orang je.
Aku pun taktau laporan akhbar atau laporan rakan2 guru terbabit yg betul, tapi menurut sumber aku yg boleh dipercayai, ternyata guru wanita terbabit yg suka dan rela melakukan aksi stunt itu. Cikgu-cikgu wanita, berhati-hatilah, jangan jadi haruan makan anak.
Wednesday, March 25, 2009
Kuala Lumpur,senyumanmu.
Rusa yg jinak. Bawak anak2 datang sini, Taman Kancil dan Rusa, masuk percuma.
Kalau tak larat jalan kaki korang boleh naik kenderaan ni, tambang dewasa 0.50, kanak2 0.20, murah banget dong.
Camner tetibe ada signboard Manjung ni? Jgn kelam kabut, korang masih di tasik perdana, moh kite tengok paya bakau kat tepi jeti.
Tuesday, March 24, 2009
Sedap mulut jer
"Bang, Hundredplus satu".
"Panas ke sejuk? Kecik ke besar?".
"Errr, ape beza panas ngan sejuk?".
"Kalo nak yg panas kat belakang, yg sejuk dalam peti ais".
Beberapa minit kemudian.
'Tak jumpa pun bang".
"Takde dalam peti ais tu?".
"Takde, kat belakang pun takde".
Beberapa minit kemudian lagi.
"Ade la dalam peti ais,pilih yg panas ke yg sejuk?".
"Ni air hundredplus".
"Abih tadi adik mintak hunderdplus la".
"Err,errr, saya nak plaster balut luka".
"Oooo, cakaplah HANDYPLAS".
Arghhhhhhh, malu,malu.
"
Monday, March 23, 2009
Datangku tanpa diundang
Tengah pusing2 fikir mana nak pegi tu tetibe henpon cap ayamku berbunyi. Sorang kawan ajak aku ke Setiawangsa, saja jenjalan katanya. Tengah boring2 ni bagus jugak ada kawan boleh ronda-ronda.
Lalu dekat stesen LRT Setiawangsa, dan kami membelok ke satu jalan. Berenti depan rumah besar dan cantik. Aku rasa macam penah tengok rumah ni tapi taktau kat mana. Yesss, aku ingat, kalau tak salah ni rumah abang YB (Yunus Badawi), kawan blogger yg cemerlang, gemilang dan terbilang tu. Betul ke rumah YB ni?
Cantik dan kemas rumah YB. Rajin sungguh mak Adam tanam pokok bunga. Agaknya tepi ni ke tempat YB anak beranak berlatih badminton?
Saturday, March 21, 2009
Dia kecewa aku jadi mangsa
Cantik dan selesa, tak macam yg kat Kg.Baru. Iina, nanti aku belanja ko makan kat sini ye. Ni saja aku tunjuk gambat dulu biar ko terbayang-bayang, jangan sakit hati yer,peace no war :D
Dan semalam dia ajak aku keluar makan malam lagi. "Tak abis marah ngan PTK lagi ke?".
Thursday, March 19, 2009
Pilihan hati
Wednesday, March 18, 2009
Hatinya lara
"Pangggg!", satu tamparan hinggap di pipi gebu si kecil dan si ayah terus berlalu dengan menunggang motosikal. Tinggallah Si kecil di sudut pagar menahan tangis, sakit ditinggalkan dan juga sakit menerima tamparan.
Itulah situasi yg dapat aku lihat 2-3hari ni berlaku didepan rumah jiran. Sedih dan menyayat hati melihat anak kecil baru berusia 5tahun menangis dan meraung minta dikasihani dan di mengerti.
Menurut cerita jiran, Man adalah anak saudaranya. Ibubapa Man baru bercerai 2minggu lepas. Ibu Man sedang sarat mengandung dan dijangka akan melahirkan pada hujung bulan ini. Mereka bercerai kerana ayah Man memohon untuk berpoligami. Ayah Man hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gajinya RM900 sebulan. Man ada seorang kakak yg berusia 8 tahun, dan kini kakak dan ibu Man di jaga oleh nenek mereka di kampung untuk sementara waktu sehingga selesai semua proses perceraian.
Man diletakkan di bawah jagaan jiran, namun kerana Man sering menangis dan tidak mahu menjamah makanan maka jiran terpaksa memanggil ayah Man untuk mengambil Man semula. Ayah Man hanya datang sekali sahaja untuk melihat anaknya.
Aku tanya kenapa Man tak tinggal sekali dengan ibu dan kakaknya?
"Ayah dia nakkan Man".
"Kalau nak kenapa ditinggalkan?".
"Entahlah, kakak pun taktau Juliet".
Aku tak sampai hati untuk menatap wajah Man kerana aku dapat rasakan dukalara yg sedang ditanggungnya berpisah dengan orang tersayang.
Tuesday, March 17, 2009
Bertukar warna
Email dari seorang kawan yg tinggal di Sabah. Dia cerita ada durian yg isinya warna merah sekarang ni sangat popular di Sabah. Tak taulah sama ada betul atau tidak isinya merah atau telah di botoxkan dari kuning jadi merah.
Tak lalu pulak nak makan, macam durian yg binatang OOPET tu makan dalam filem GENG UPIN IPIN yer. Kalau fakta ni hanya auta semata2 aku mintak maaf, tolong perbetulkan.
Monday, March 16, 2009
HEBAT
Gilli adalah sebuah pulau kecil yg terletak di sebelah barat kota Probolinggo. Panjangnya sekitar 1.5km dengan lebar 500m, dan jumlah penghuninya 6800 orang.
Mengikut ceritanya, ratusan tahun yg lalu seorang Syeikh bernama Maulana Ishak yg sedang belayar dari Pulau Madura tiba2 berhenti di Gilli dan membuka penempatan disini. Dan setelah beberapa lama hidup di pulau ini, beliau bersama pengikutnya meneruskan kembali pelayaran tetapi ada juga pengikutnya yg terus menetap di Gilli.
"Pada sesetengah tempat, ayat2 Lintang Sugianto meriak lembut, terkadang sempat menitis sebagai bait puisi. Membaca novel ini, saya semakin terangsang untuk lebih ingin tahu tentang Gilli". Ini kata2 dari Datuk A.Samad Said.
"Membaca novel ini tanpa terasa kita diajak tadabbur alam. Dan di dekatkan dengan alam. Terasa alami dan sangat mengesankan". Ini kata2 dari Kang Abik, penulis novel Ayat2 Cinta.
Membaca novel ini membuat aku bangga dengan kakakku, ckLah,KakPah, dan semua guru2 di dunia ini yg bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa tanpa mengira penat lelah.
Juga membuat aku hiba bila membayangkan seorang lelaki yg merana kerana tidak dapat melupakan isteri tercinta yg meninggal dunia saat melahirkan cahayamata pertama mereka.
Ini kata teman-temanku yg belum membaca novel ini:
"Ka sakolaan maemo"- ckLah
"Lesso ka sakolaan"-KTS
"Asakola dhabuna ebu ta'olle obeng"-Tijah Lawa
"Enggi, kaula poron ajer pole"-KakPah
Dan perbahasan ini di gulung oleh YB :
"Ngapote wak lajere e tangale".
"Reng majeng tantona lapadne mole".
"O...mon a jelling odikna oreng majengan".
"A bental ombak sapok angin salajengnga".
iina, kalo ko tau ko buat tak paham je ya. Sep skit.
Hahahaha, aku tersenyum sepanjang hari ini.
Friday, March 13, 2009
Lain rasanya
Perbualan di atas berhubungkait dengan nasi goreng yg aku masak petang semalam. Sesekali bila tau aku masak semua teruja nak makan, entah, aku pun taktau kenapa, yg pasti aku sendiri tak berapa lalu nak makan apa yg aku masak,hahahahaha.
Thursday, March 12, 2009
BAJET 2009
Nak buat macammana, tengah buat rumah tetibe ekonomi gawat,bajet lari. Takpun pinjaman tak diluluskan,hehehe, tu yg jadi lagu tuh. Atau ni cara baru buat rumah.
Wednesday, March 11, 2009
Ikut saja
Anak buah aku baru 6 tahun tapi mulutnya sekarang bukan main lagi, dah pandai bercakap yg bukan2, nasib baik tak reti mencarut.
Bila aku tanya apa maksud SENGAL, dia geleng. BEDEBAH tu apa, dia geleng. BANGANG tu menatang apa, dia geleng jugak.
Abih tu aku tanya mana dia dapat semua perkataan tu, dia cakap dari cerita2 kat TV dan dengar bebudak besar lain cakap.
Famili aku takde yg cakap kasar macam ni. Cepat betul kekanak ikut kalau benda2 yg tak elok gini ya, sekali dengar je dorang dah bleh cakap walaupun tak faham apa maknanya, janji bunyinya sedap di dengar.
Tuesday, March 10, 2009
Mahal tu
Aku : Apsal ko nak bising sangat? Beli je yg baru, bukannya mahal pun.
Adik : Orang syg ler payung tu, susah nak dapat tau, kena oder, taktau ada stok lagi ke tak.
Aku : Alah, payung AVON ler tu, berapa?, meh aku bayar, sepuluh hinggit pun nak kecoh.
Adik : Payung adik VANTAGE punya ler, empat puluh hinggit.
Aku : Berapa?
Adik : Empat puluh hinggit satu, di ulang, satu payung saja bersamaan empat puluh hinggit.
Aku : ???????? (mahalnya, aku punya free je, di taja oleh minyak hitam Castrol)hehehe.
Friday, March 6, 2009
Cederahati
Bos aku ni baru balik dari Thailand, kiranya pegi bercuti sambil melawat sedara mara dia kat sana. Tetibe semalam dia bagi ubat ni 3 peket kat aku.
BOS: Juliet, cenderahati untuk you.
Aku : Apa ni bos?
BOS : Ubat luka dari Thailand, bagus ni, kat Kl takleh dapat.
Aku : Bagi ler sutera Thai sepasang dua, tu baru namanya cenderahati, ni ubat luka 3peket bukan cenderahati, tapi CEDERAHATI,huhuhuhu.
Thursday, March 5, 2009
15
Mak pandang aku," anak dia 15 Juliet". Aku angguk. "Kenapa nak anak ramai2, memanglah anak tu anugerah Tuhan, tapi kalau sampai tak terjaga kebajikan mereka macammana?", mak mengomel sendirian.
Kesian anak2 Makcik Rosni, tak pernah dapat menikmati makanan yg cukup dan berkhasiat, seperiuk nasi dan 3 biji telur terpaksa berkongsi dengan 15 orang, cubalah bayangkan.
Dalam zaman sekarang ni anak 3-6 orang cukuplah, bergantung pada ekonomi keluarga, kalau rasa mampu takpe. Dengan pendapatannya sebagai penoreh getah, apa sangatlah yg mampu Makcik Rosni berikan pada anak2 yg sedang membesar dan memerlukan makanan dan pelajaran yg cukup untuk mengubah masa depan keluarga.
Wednesday, March 4, 2009
Moga ada sinar menanti
Setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan masih belum di kurniakan zuriat,sepasang suami isteri ini mengambil keputusan pada awal tahun lepas untuk menjalani beberapa proses penyuburan untuk mendapatkan zuriat di sebuah hospital ternama di ibukota dengan kos RM12K++. Dan hasilnya, 3 bulan selepas proses itu si isteri telah di sahkan hamil. Namun tiada siapa yg dapat menolak semua ketentuanNYA, saat kandungan berusia 5 bulan si isteri mengalami pendarahan yg teruk sehingga doktor terpaksa menggugurkan kandungan untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Awal tahun ini sekali lagi mereka menjalani proses yg sama, dengan harapan yg sama iaitu mendapat cahayamata walaupun kosnya telah meningkat. Dan, alhamdulillah, si isteri telah di sahkan hamil beberapa minggu lepas dan kini sedang menjalani beberapa proses lain agar tidak berlaku kejadian yg sama seperti tahun lepas. Doakan agar mereka tabah dan sabar menempuh segala cubaan dan dugaan, dan moga doa mereka untuk memperolehi cahayamata dimakbulkan olehNYA.